Pages

September 5, 2011

ini untuk MAMA


Mama,
Anakmu ini mohon ampun,
Atas segala perbuatan yang derhaka,
Yang melukakan hatimu.
Maaf Mama..
Kedegilan anakmu ini,
Ditambah dengan rasa bongkak,
Membuatkan anakmu ini lupa,
Seolah-olah tidak tahu betapa beratnya pengorbananmu,
Yang mengandungkanku sembilan bulan,
Yang sentiasa bersabar melayan karenahku,
Maafkan anakmu ini, Mama..
Mama,
Dulu aku tertanya-tanya,
Mungkin juga aku pandang pelik,
Kenapa Mama sering bersujud?
Kenapa Mama asyik berdoa?
Kenapa Mama sikit-sikit menyuruh bersolat,
Menyuruh mendekatkan diri kepada Tuhan.
Semuanya bagaikan masuk ke telinga kanan,
Keluar entah ke mana..
Rupanya itulah kekuatanmu, Mama,
Kekuatanmu yang sering memohon kepada Allah,
Dialah yang menguatkanmu,
Sepanjang menjagaku.
Subhanallah,
Berat sungguh ujianmu Mama,
Berhadapan dengan lima puterimu,
Yang setiap seorang punya perangai sendiri.
Mama,
Andai anakmu ini pergi dahulu sebelummu,
Halalkanlah segala yang Mama berikan,
Restuilah segala yang anakmu ini lakukan,
Mohon Mama sabar dalam segala yang Allah tentukan,
Doakan anakmu dapat bertemu denganmu di Syurga,
Marilah sama-sama kita merasai cinta Yang Maha Esa.
Mama,
Satu hari nanti,
Andai aku juga bergelar ibu,
Aku mahu mencontohimu,
Malah ingin cuba menjadi lebih baik, biiznillah,
Doakan anakmu ini Mama..

September 2, 2011

antara dua hati.


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

doa elakkan lupa


اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.






Dalam tafsir Ibn Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas.
Memerhatikan intisari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya , baik umur , rezeki , harta , anak anak yang soleh solehah dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat . Selain itu juga , kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.

September 1, 2011

Kelebihan membaca Surah Al Fatihah


1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.

2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Dimudahkan naik pangkat
b. Diluaskan rezeki
c. Dimudahkan membayar hutang
d. Disembuhkan dari penyakit
e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f. Disayangi oleh semua makhluk
g. Percakapan didengar orang
h. Selamat dari bala bencana


3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Berkat dalam kehidupan
b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.

4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.

5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.

6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.

7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.

9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala).

10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.