Pages

August 30, 2011

kelebihan surah Al-kauthar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripadasusu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammads.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya AbuTalib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Salam Eidul-Fitr :)

salam ^^

hari ni hari raya ? sangat sangat sangat sangat sangat sangat CEPAT hari berlalu daaaaaaaannnnnnnn , SPM semakin hampir ! :D

dan sayaaaaa sangattttt penat . smlm tdur jam 1.30 . bangun jam 5.10 pagi . *oho. waktu free cm ni on9 la pla !><*
ok . memang penat . pagi tadi , slps b'salaman dtg pla kluarga lain . dan petang ni ! ada lagiiii ;) tapi sedih sikit la tahun ni sbb abg braya d kampung isteri . selepas 25 tahun , ni la first time dia beraya tempat lain . nangis jugak dia smlm . *sedih aku* ><
tapi xpa , bsok dia akan balik ke sini . tapi petang .


tadi saya dan ain (sepupu) menjadi photographer x b'lesen ;)


                                                                       
                                           



                                                                     





ouch . ada orang ! 

assalamualaikum ! ;)

August 28, 2011

abang bendera VS adik ketupat ;)

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1787737352048&oid=153417568055988&comments

misteri SYAITAN dirantai

salam wbr .



mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah maksud syaitan dirantai pada bulan Ramadhan sedangkan kita menyaksikan ada orang yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan .

hadis yang berkaitan itu adalah hadis riwayat al-Bukhari dan muslim . Drp Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "apabila bulan puasa tiba , maka terbuka pintu-pintu syurga , tertutupnya pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dirantai".

drp hadis tersebut , dpat difahami dlm pengertian tersirat (majazi) dan secara tersurat (hakiki).


dlm pengertian majazi , hadis tersebut terkandung makna bahawa bulan puasa adalah bulan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah . Allah melimpahkan ganjaran luar biasa serta dibuka pintu-pintu keampunan-Nya ketika bulan Ramadhan . dengan melakukan sedikt amalan sahaja manusia memperoleh ganjaran yang banyak dan dapat menyebabkan mereka ke syurga . sehinggakan syurga pada bulan tersebut selalu terbuka .
neraka pula BAGAIKAN tertutup kerana banyak keampunan dari Allah . *sebenarnya pintu syurga&neraka sentiasa terbuka. 24/7*

oleh kerana manusia ketika itu mempunyai kesedaran yang tinggi , syaitan-syaitan pula bagaikan terbelenggu atau dirantai . *syaitan sentiasa ada 24/7 untuk menghasut manusia* .


jika hadis ini difahami secara hakiki , kita boleh katakan bahawa kederhakaan timbul akibat godaan syaitan dan rayuan nafsu . pada bulan Ramadhan syaitan memang terbelenggu , tetapi nafsu manusia tidak terbelenggu . maka ada orang yang nafsunya tidak dapat dikawal , mereka tetap melakukan maksiat dan penderhakaan .

ulama-ulama menjelaskan bahawa ada perbezaan syaitan dan rayuan nafsu . syaitan menggoda dengan tujuan merugikan manusia . syaitan dapat mengubah rayuannya dari semasa ke semasa jika rayuan pertamanya gagal . berbeza pula dengan nafsu , yang hanya ingin memuaskan dirinya sehingga apabila dia menginginkan sesuatu , dia tidak akan mengubahnya dan terus mendesak sehingga keinginannya tercapai .

secara ringkasnya , maksud hadis Rasulullah s.a.w tersebut ialah agar kita membuat suatu situasi dan keadaan yang menjadikan syaitan terbelenggu atau terantai dan tidak menggoda manusia untuk melanggar hukum dan melakukan dosa . sehinggakan yang ada hanyalah amal-amal yang baik , dan pintu-pintu syurga .