Pages

January 25, 2013

beg vs kucing xda mulut.

assalamualaikum .

hewhew :p uolls ~ aku dah pandai beli barangan comel tau x. pink-pink gtewwww :p

aku terasa macam bermimpi di tengah malam hari sebab aku beli barang tu. nak tgk? nk tgk? nk tgk?
mari la tgkkk :p aku beli semalam dengan kawan aku c farrha. kedai hapa ntah. dulu nama dia kedai 20 sen. tu nama pendek. nama panjang 20 sennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. tapi aku tgk xda pun brg2 dia harga 20 sen. nt aku saman boss dia 20 hengget. sapa sokong sila turun tgn





















TARAAAAAAAAAAAAAA !!

sori aku pakai youcam kat laptop jea. hapa ngko engat aku rajin nk kli-klik snap-snap bagai di tengah malam yg buta lagi rabun ni




pink-pink gtu. siap ada reben uolls




pastu aku nampak klip gambar kucing xda mulut ni :p aku rasa dia comel,aku beli.





pastu an,aku rasa beg tu plain sgt xda hiasan selain reben.
so,

TARAAAA!!!












comel x? comel x? aku berani potong jari kalau ada yg kata x comel.
tolong la kata comel ek. aku xmau kudung T_T

huahuahua. aku rasa beg tu comel sgt :p mata aku asyik tgk beg tu jea. 
pes pes an,aku tgk beg ni yg wana coklet.lawa okay. tapi c farrha pon p selongkar beg lagi beg2 tu. dia kata,"sue! warna pink ni sgt comel!"
masa tu aku x tgk lagi pon beg tu. dlm hati aku kutuk2 warna tu. skali aku tgk, whoaaaaaaaaaaaaaaaaaa bersinar2 mata aku. aku x byk bunyi aku terus beli. pandang belakang nmpk klip hello kitty. jgn tanya apa aku buat pastu. dah terang2 ko nmpk gambar kat atas ada hello kitty tu an

k baii










January 23, 2013

aku suka.

assalamualaikum .

hah. aku malas nak membunga-bungakan ayat di malam hari macam ni. apapon, salam maulidurRasul =')

okiess, direct pegi main point k? sbnanya kan, aku xtau la knp hati aku lembut semacam ja mlm ni. org chat pon aku layan ja. siap ada senyum2. kalau slalunya, jgn harap la ko nk nmpk smiley2 tu. jgnkn smiley,aku balas pon tidak chat tu. tp murah btol hati aku mlm ni bls chat2 korg. haha *mngada*

jiwa aku kacau gila malam ni. aku x pk apa2 pon. tp rasa nk nangis. seriously. ada x video2 yg bleh mnyentuh hati aku? td ptg aku ada tgk 1 video.

nah link http://www.facebook.com/photo.php?v=486071021450287

serious weh gua cakap kat lu. kalau korg x nangis tgk video ni,atau x sedih langsung,konfem hati korg hati batu. sblum aku nengok video ni aku bca komen2 kat tepi tu dlu. nk tgk la konon reaksi org tgk video ni. mcm2 komen ada. ada yg kata dia nangis. ceh x gentle. tgk video pun nangis <----- ni reaksi aku tgk komen2 dorg. jadi nk tgk sjauh mna kbenarannya,btol ka x video ni bt org nangis,so aku tgk la.

hoho. spjg aku tgk video tu, aku rsa boring. xtau part mna bt org nangis. kbetulan masa tu aku ngntok. punya la kuyu mata aku masa tgk shortfilm ni. smpai part last, ya Allah..

Allah sja lah yg tahu apa aku rasa. aku x dpt tahan air mata aku weh. dah cba tahan,tp automatik klua jgak.
diibaratkan ko gna keta manual ngn auto. klau manual,dpt lagi kan ko tukar gear bagai. klau auto? keta tu plak yg kontrol ngko. (huaaaaaa.aku dh start merepek)

seyes hati aku luluh tgk video tuuuu T_T muka nenek tu mnari2 dlm fikiran aku. bkn nenek tu yg mnari, tapi bayangan dia b'main2 dalam minda aku (jgn tnya dia main apa pulak. jgn smpai aku kerat ko 18 baru ko tau erti penyesalan)

ok,ptg td ja aku nangis. skg x lagi. tp skg ni aku rsa aku nak nangis. seyes aku rasa mcm nk hamburkan semua yg t'buku dlm dada dan aku. klau la dada aku bleh meletop,dri dulu lgi dia dah meletop sbb byk sgt simpan 'memori'.
aku rasa nk bckp dgn seseorang skg ni.

seyes aku perlu teman untuk aku borak panjang gila sampaikan gila pon x panjang camtu.
ok,gua cakap kat lu. kekadang an,aku cakap sorg2 tau. ok fine,cakap la aku gila -___-
tp seyes btol! aku cakap sensorg seolah2 ada member teman aku cakap2.
tu kalau tahap ketensenan aku melampaui batas.
kalau x tensen sangat aku nangis ja.
baring,letak bantal kat muka,nangis puas2 sampai aku sangat2 puas muohohoho. =')
kalau aku nk pastikan aku dah puas nangis ka blom, aku try senyum. kalau masa aku senyum tu aku rasa tenang,haaaaaaaaaa maka puasla sdah aku nangis. tp kalau rasa lain macam,aku smbung nangis blik.
YEAP! itulah aku. =') lembutkan hati aku? kikikiki

kalau sehari aku x nangis aku rasa x tenang. at least dlm sehari aku wajib nanges.
masa mandi tu la paling best. apa lagi masa aku b'syampu. wowowowowo. aku nangis ja selagi aku rasa nak nangis.
best woooo nanges. rasa lapang ja dada pas ko nanges.
kadang2 kalau ada bnda yg aku bleh luahkan,aku luahkan kat mak aku . mak aku pendengar setia tau. masa aku meluahkan dia xkan peluk atau pujuk aku. dia biar ja aku cerita mcmna pon,aku nangis mcmna pon walaupun masa tu hingus kau dah meleleh,air mata kau dah merembes klua bak air terjun,dia takkan suh kau brenti bckp. dia biar ja smpai la aku habis bckp,sampai aku rasa tenang. tapi bila turn dia pulak bckp,dia akn peluk,then bagi kata2 semangat yg boleh menguatkan kembali semangat aku.
ma,u're the best =')

tp tu kalau yg aku boleh aku luahkan. klau bnda2 yg aku tak boleh luahkan,aku just mampu luahkan kat Allah =') kadang2 smpai aku t'tonggeng2 menangis semahu-mahunya kat atas tikar sejadah tu.
penah sekali tu sampai aku ttdo smpai pagi. sejuk derrrrrrr. tapi aku rasa tenang ja tdo atas tikar tu walaupun  kesejukkan tu tahap jula juli bintang seploh tau x.

huh.. malam ni aku rasa nak nangis lagi walaupun aku dah nangis tadi.
aku penat tau x. aku sgt penat utk menangis. tp apa aku nk buat. tu ja aku mampu.
aku manusia yg paling x berani nak cakap aku nangis disebabkan seseorang tu walaupon aku nangis disebabkan dia.
*haaa tgk,mata aku dah start tekencing.*
tah ah,aku x suka tgk org rasa besalah ngn aku walaupun dia patut rasa bslah. msti pas tu aku pulak rasa bsalah sbb dah buat dia rasa bslah -____-

panjang gila karangan aku. xmo baca p tdo,nt dah bgn sambung balik.tu pun kalau nk baca,x nak baca x payah. aku x paksa pon.

bila aku dah abes nanges,pas tu aku mampu tesenyum dengan ikhlas,aku rasa akulah org paling bahagia masa tu. tapi aku paling benci bila aku nak nangis,tapi ada pulak halangan aku nak nanges. aku rasa akulah pompuan paling sedih dalam dunia -____-

pendek kata,menangis ni lah ubat paling mujarab untuk aku.
kalau aku tgh nangis,tolonglah jgn kacau,ganggu,disturb,dan sebagainya.
sebab cara aku nak kuat balik adalah dengan menangis.
so kalau aku tengah nangis jgn suh aku stop.
kang mulut ko pulak stop besuara selamanya.

-menangis adalah satu body language apabila mulut sudah tak mampu mengungkap kesakitan yang dialami-



k bai




January 17, 2013

blog aku.

assalamualaikum ~

hai uolls ! lama gla kot aku x hapdet blog aku ni. behabuk sna sini sudah. haha nasiblah. bukan ada orang baca pon kan :')

semalam aku buat blog baru. kira mau delete blog ni la kengkonon. tp bila aku usha balik blog ni rasa sayang pulak nk d padam. follower ada 27, memang la x banyak. kau ingat senang ka nk cari? lagi2 kalau bukan orang yg pemes.
kalau kau pemes lain cerita la. baru seminit buat blog seploh orang kot dah tesenarai jadik follower kau.

jadi aku hambek keputusan muktamad, aku delete blog baru aku simpan blog lama :') sayang ok.
aku tukar header,tulisan,template bagai. n then , TARAAAAAAAAAAAAAAA !! *ceh,bunyik macam ohsem nganya(ja)* padahal reban ayam ayah aku lagi cantek 

serious aku cakap,aku noob gila dalam alam maya yang serba canggih ni. aku nak delete blog pon tpksa tanya kengkawan kat FB. kawan aku si Nabhan suh aku google. *ha'ah kan,apasal aku x tfikir pon dri awal* tgk betapa noobnya aku T_T

tetiba kan,tetiba kan, *suspens* iolls kna inbox gtuuuuuuu.haha.terharu tau. :'p

oi knp ko padam blog ko? cantik juga blog ko tu :(

tetiba aku rasa panas. dah la mood pun x brp nak ok. 
dia x kenal aku,aku x kenal dia,tetiba oi2. nasib baik kau buat muka sedih kat situ dan terdapat sedikit pujian.(haha) last2 aku x reply pon msg dia. jahat jugak akuuuuu.haha. reply ba,aku ckp tq. budi bahasa budaya kita kan :)


pastuh aku bukak 1 lagi inbox baru masyukkkkkk

assalamualaikum dik fatihah..maafkan akak klu menyibuk ya.knpa nak delete blog tu dik?akak tgk ok jek.comel je.hik hik.
jadikan blog adik tu sebagai medan ilmu.insyallah setiap yg membacanya memperoleh ilmu yg baru :) bittaufiq wannajah adik fatihah <3



huaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!! aku rsa nak nangis tau x baca msg kak IRA tu Y^Y thankyou kak!! hahahahah.
seyes terharu gila.ceh over btoi. 

tp seyes,sapa x terharu kan. kalau korg dpt msg cenggitu korg pon akan rasa terharu guling2 kot. x perlu tipu aku la ok. dah masak sgt ngan perangai sorg2. dah hangus pon.

pas tu aku ckp la ngn kak tu yg aku bukan nk delete acc ni pon. aku dlete acc baru :)

aku pon sayang gila kot kat blog buruk aku ni.dari kecik aku pelihara. ceh over

byk benda sebenarnya aku nak tulis. tapi bila dah start bagi salam,suma idea lari lintang pukang. nak maen kejar2 ngn aku bagai d taman bunga serba nan indah kot.tgk sastra aku dh kluo.hahah


cmpur2 bahasa -_-
problem ? *naik kening seblah kiri,mata pandang kanan,tangan macam datin*



thanks for for membaca-ing =)

November 11, 2011

spesies syaitan









9 Jenis Anak Syaitan.




Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.


6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).


8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.


9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari


Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

September 5, 2011

ini untuk MAMA


Mama,
Anakmu ini mohon ampun,
Atas segala perbuatan yang derhaka,
Yang melukakan hatimu.
Maaf Mama..
Kedegilan anakmu ini,
Ditambah dengan rasa bongkak,
Membuatkan anakmu ini lupa,
Seolah-olah tidak tahu betapa beratnya pengorbananmu,
Yang mengandungkanku sembilan bulan,
Yang sentiasa bersabar melayan karenahku,
Maafkan anakmu ini, Mama..
Mama,
Dulu aku tertanya-tanya,
Mungkin juga aku pandang pelik,
Kenapa Mama sering bersujud?
Kenapa Mama asyik berdoa?
Kenapa Mama sikit-sikit menyuruh bersolat,
Menyuruh mendekatkan diri kepada Tuhan.
Semuanya bagaikan masuk ke telinga kanan,
Keluar entah ke mana..
Rupanya itulah kekuatanmu, Mama,
Kekuatanmu yang sering memohon kepada Allah,
Dialah yang menguatkanmu,
Sepanjang menjagaku.
Subhanallah,
Berat sungguh ujianmu Mama,
Berhadapan dengan lima puterimu,
Yang setiap seorang punya perangai sendiri.
Mama,
Andai anakmu ini pergi dahulu sebelummu,
Halalkanlah segala yang Mama berikan,
Restuilah segala yang anakmu ini lakukan,
Mohon Mama sabar dalam segala yang Allah tentukan,
Doakan anakmu dapat bertemu denganmu di Syurga,
Marilah sama-sama kita merasai cinta Yang Maha Esa.
Mama,
Satu hari nanti,
Andai aku juga bergelar ibu,
Aku mahu mencontohimu,
Malah ingin cuba menjadi lebih baik, biiznillah,
Doakan anakmu ini Mama..