Pages

August 28, 2011

misteri SYAITAN dirantai

salam wbr .



mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah maksud syaitan dirantai pada bulan Ramadhan sedangkan kita menyaksikan ada orang yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan .

hadis yang berkaitan itu adalah hadis riwayat al-Bukhari dan muslim . Drp Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "apabila bulan puasa tiba , maka terbuka pintu-pintu syurga , tertutupnya pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dirantai".

drp hadis tersebut , dpat difahami dlm pengertian tersirat (majazi) dan secara tersurat (hakiki).


dlm pengertian majazi , hadis tersebut terkandung makna bahawa bulan puasa adalah bulan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah . Allah melimpahkan ganjaran luar biasa serta dibuka pintu-pintu keampunan-Nya ketika bulan Ramadhan . dengan melakukan sedikt amalan sahaja manusia memperoleh ganjaran yang banyak dan dapat menyebabkan mereka ke syurga . sehinggakan syurga pada bulan tersebut selalu terbuka .
neraka pula BAGAIKAN tertutup kerana banyak keampunan dari Allah . *sebenarnya pintu syurga&neraka sentiasa terbuka. 24/7*

oleh kerana manusia ketika itu mempunyai kesedaran yang tinggi , syaitan-syaitan pula bagaikan terbelenggu atau dirantai . *syaitan sentiasa ada 24/7 untuk menghasut manusia* .


jika hadis ini difahami secara hakiki , kita boleh katakan bahawa kederhakaan timbul akibat godaan syaitan dan rayuan nafsu . pada bulan Ramadhan syaitan memang terbelenggu , tetapi nafsu manusia tidak terbelenggu . maka ada orang yang nafsunya tidak dapat dikawal , mereka tetap melakukan maksiat dan penderhakaan .

ulama-ulama menjelaskan bahawa ada perbezaan syaitan dan rayuan nafsu . syaitan menggoda dengan tujuan merugikan manusia . syaitan dapat mengubah rayuannya dari semasa ke semasa jika rayuan pertamanya gagal . berbeza pula dengan nafsu , yang hanya ingin memuaskan dirinya sehingga apabila dia menginginkan sesuatu , dia tidak akan mengubahnya dan terus mendesak sehingga keinginannya tercapai .

secara ringkasnya , maksud hadis Rasulullah s.a.w tersebut ialah agar kita membuat suatu situasi dan keadaan yang menjadikan syaitan terbelenggu atau terantai dan tidak menggoda manusia untuk melanggar hukum dan melakukan dosa . sehinggakan yang ada hanyalah amal-amal yang baik , dan pintu-pintu syurga .




2 comments:

  1. sy ada terdengar satu tazkirah, ustaz tu cakap sebenarnya syaitan tidak di rantai, syaitan yg dirantai tu cumalah satu pribahasa. lagi pula, syaitan ada, cuma ia sangat sangat lemah. hahax :D :D

    ReplyDelete
  2. heeeeee ! yg tu aku x taw . tp apa yg ustaz aku ckp , mmg mcm ni laaaa . n yg aku bca dlm buku , syaitan tu mrujuk pda sikap kita .
    wallahualam :)

    ReplyDelete